Sunday, August 22, 2010

dan selepas itu apa?

sebelumnya kita sama-sama mencipta janji,
tanah gersang lama tidak berhujan.
kita berjanji untuk kita.
dan selepas itu apa?

Tuesday, August 17, 2010

Berita Angin

lalu berdesiranlah puputan angin,
memukul dan menalu setiap pintu jiwa.
menghamparkan rasa sejuk yang kasar.
berantakkan dan bergegar gempita.
membawa berita.

dari hujung dunia,
ke seluruh pelusuk penjuru benua.
dari lubuk rasa kesal,
ke segenap suka cita,
dari sekecil zarah,
hingga sebesar Alam,
semua pun tahu.

Berita angin,
bukan terlihatkan,
khusus untuk kau rasa.

Sunday, August 1, 2010

Sejarah

andai seperti katamu, sejarah ini kita empunya. mengapa lagi kau dustakan?
tawa ini terlalu lama lesu. tatkala terukir tanpa rela. sejarah ini, terlalu sukar.

kelmarin kita menikmati senja dan mengukir pantai. kebersamaan ini adalah sejarah yang hidup.
dan menamakan bintang kita. kini, masihkah bintang itu milik bersama?

seperti gugusan bintang yang kejauhan.
seperti awan malam berarak dan sepi.
seperti warna pelangi petang yang hilang.
seperti cinta manusia.
seperti sejarah kita yang terlupakan.

Untuk Bintang

bintang yang indah. 
darjatmu mempersona.
namun sayang, kau sudah lesap dari peta semesta.