Monday, September 20, 2010

Surat Cinta

Melukis rasa cinta di langit,
dengan berbaring.

Kepadamu kekasih,
lama telah kita mencari. dari kau untuk aku, dan dari aku untukmu. akhirnya kita bersua. kekasih, detik-detik awal perkenalan kita, diam mengiringi waktu. dan waktu berlalu. kita ditinggalkan dengan rasa kesal (kerna tanpa bicara). perasaan malu itu sungguh manis seadanya kali pertama.

kepadamu kekasih,
aku suka segalanya kamu. aku seronok bila melihat betapa kuatnya kau makan. senang hatiku, nanti kau boleh habiskan saja santapan ku. aku suka kau berdiam diri denganku. itu memberi aku ruang menikmati keindahan dirimu. aku suka kenakalan kau mengusikku. biar dunia tahu yang kita dilamun cinta.

kepadamu kekasih.
sungguh indah waktu kita pertama kali menonton bersama. kau cubit lenganku. tanda meminta aku mengeratkan tanganku dalam tanganmu.dan kita tersenyum. bersama rangkulan kesejukan dan kegelapan panggung. tiada siapa pun tahu tentang itu. cukuplah antara kau dan aku.

kepadamu kekasih,
aku sangat merinduimu. sejujurnya, aku telah jatuh cinta kepadamu...

aku dedikasikan puisi ini buatmu,


"Melukis rasa Cinta di langit"

Melukis rasa cinta di langit,
dengan berbaring.
dalam dakapan kekasih.
aku sudah tidak khuatir akan sejuknya malam.
atau buasnya bayu.
kau ada bersamaku.
melukis rasa cinta di langit.
dan kau cium pipiku.

(-naYong-)
12.35am
20/09/10

Sunday, August 22, 2010

dan selepas itu apa?

sebelumnya kita sama-sama mencipta janji,
tanah gersang lama tidak berhujan.
kita berjanji untuk kita.
dan selepas itu apa?

Tuesday, August 17, 2010

Berita Angin

lalu berdesiranlah puputan angin,
memukul dan menalu setiap pintu jiwa.
menghamparkan rasa sejuk yang kasar.
berantakkan dan bergegar gempita.
membawa berita.

dari hujung dunia,
ke seluruh pelusuk penjuru benua.
dari lubuk rasa kesal,
ke segenap suka cita,
dari sekecil zarah,
hingga sebesar Alam,
semua pun tahu.

Berita angin,
bukan terlihatkan,
khusus untuk kau rasa.

Sunday, August 1, 2010

Sejarah

andai seperti katamu, sejarah ini kita empunya. mengapa lagi kau dustakan?
tawa ini terlalu lama lesu. tatkala terukir tanpa rela. sejarah ini, terlalu sukar.

kelmarin kita menikmati senja dan mengukir pantai. kebersamaan ini adalah sejarah yang hidup.
dan menamakan bintang kita. kini, masihkah bintang itu milik bersama?

seperti gugusan bintang yang kejauhan.
seperti awan malam berarak dan sepi.
seperti warna pelangi petang yang hilang.
seperti cinta manusia.
seperti sejarah kita yang terlupakan.

Untuk Bintang

bintang yang indah. 
darjatmu mempersona.
namun sayang, kau sudah lesap dari peta semesta. 

Thursday, July 29, 2010

NOTA

teruntukmu, aku lain. bukan seperti yang kau percaya. kerana kepercayaan itu bukan sandaran kepada kebenaran. bahawasanya teruntukmu juga aku bukan. dan itu adalah pasti. maafkan aku andai pertemuan ini bukan pertemuan biasa bagimu. dirimu indah, tetapi keindahan itu selayaknya untuk yang lain.

Monday, July 26, 2010

Malam berbintang.



pejamkan mata,
dan hamparkan diri,
kepada malam yang berbintang.

sesat dalam mimpi,
dan sedang asyik.

dengan bersaksikan alam,
aku pernah di situ.
bersama cinta.








insanity

*kamu di dalam kuliah...
menerawang ke dalam diri. 
tanpa pasti. 
lupa pada dunia. 
hidup dalam minda.*
cuba bermain dengan "kalau...", 
Sesiapa tidakkan mampu mengubah Apa-apa. 
masa tidak boleh di "kalau-kalau" kan. 
jiwa kosong. 
hati menangis. 
mengapa menangis andai jiwa kosong?

noktah

mengenang kembali rasa yang layu.
ini semua bukan benar.
aku sedar ini iri.
dan jarangnya aku iri.

mengapa?
aku berfikir sejenak, sambil menggumam kata.
aku harap kalian merasai apa yang aku rasa.

ilham untuk aku.

pada rasa jiwa yang runsing,
pergilah jauh-jauh.
usah singgah lagi.

pada rasa cinta yang x berkesudahan,
cukup-cukuplah sayang.
semua sudah berakhir.

pujuk lah hati yang sedang remuk.
kutiplah cebisan kenangan.
dirimu selayaknya dengan yang lebih baik.

Kalah

derita meratap kekalahan.
itu sgt pedih.
aku cuba ketawa.
biar nampak biasa pada manusia.
kelat pada liur yang ku telan.

manusia susah menghadapi kekalahan.
biar itu bukan nyata.
cuma kau tahu.
kau kalah.

hidup ini bukan pasal kalah.
atau menang.
hidup ini pasal pengalaman.
pasal pelajaran.
pasal penggembaraan.

kelat bila kalah. 
itu pasti.
dan aku telah kalah.


ahh, hidup kan memang begitu?

tolonglah hati, 
tunjukkan aku kepada cinta.
kerna cinta tidakkan pupus. 
cuma hati yang akan luput.

tolonglah cinta,
berikan aku hati.
dengan hati aku bercinta.
cinta mati tanpa hati.

tolonglah jiwa,
aku rindu cinta, aku cintakan hati.
mengapa jiwa begitu senang kau berubah?

ahh, hidup kan memang begitu...




Sunday, July 11, 2010

maya



berjalan sambil matanya tertutup,
jalan yang terlalu panjang, tetapi matanya terlalu buta.


menangis dengan jiwa kosong,
tapi mengapa menangis andai jiwa kosong?



melihat dunia dari hati ini, pastu kamu akan lebih mengerti.